Kami juga telah diberikan soalan kuiz sebagai pengukuhan pelajaran C++ ini. Walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pemahaman yang mendalam untuk menjawab soalan yang diberikan. Mencabar minda juga sebab dalam Bahasa Inggeris katakan..hmmmm...alhamdulilah selesai jugak.
Puan An Ne menasihati kami agar banyak membuat latihan tentang membuat aturcara ini agar lebih cepat faham. Latihan aturcara telah diberikan supaya kami tahu menggunakan coding dengan betul. Haaa....maka sebelum pulang Puan An Ne telah memberikan kami tugasan berkumpulan untuk diselesaikan iaitu menyemak aturcara dan memperbetulkan ralat yang terdapat dalam aturcara tersebut.Huiiiii..nampak macam senang sebab tinggal betulkan je tapi pening kepala juga nak cari apa yang ralat tu!.Yesss!Akhirnya berkat kerjasama di dalam kumpulan bersama Zaharah dan Zalipah kami berjaya menghantar tugasan dalam bentuk e-mail sebelum pulang pada jam 6.30 petang.
Terima Kasih Puan An Ne yang telah mendidik kami supaya lebih berdikari dalam belajar.Bila kita tau susah nak dapatkan ilmu ni lagi kita akan menghargainya sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment